Thursday, September 25, 2014

Senyum :)

Assalamualaikum dan selamat petang..

Hari ni rasa agak stress. Tapi, bila ingat semula "kalau tak senyum pasti rasa rugi"..terus rasa nak senyum-senyum ja lepas tu..Hai perasaan gelisah dan stress..shhhuuuuu!. Hilang sedikit duka dan stress..Perasaan lebih bersemangat! Yes, I can do it!


Apakah itu Senyum? 

Senyum? Macam benda merepekkan bila fikir nak cerita pasal SENYUM ni?..Kenapa kita senyum?
 
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Penting tak senyum ni? Kalau tak selalu senyum, tak lama lagi kedut-kedutlah muka tu..hehe..Nak awet muda, senyumlah selalu...:)..Jom lihat APAKAH HIKMAHNYA SENYUM ni...:-

:) Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah

:)  Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

:) :) Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

:) Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 


Senyum dan Sains

:)  Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

:)  Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

:)  Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
 
:)  Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

:)  Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. 

 
PM kita pun gallakkan kita senyum..so, no worry ya..:)


 “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
 

SO, dah tahu kelebihan senyum tak? Senyum bukan saja baik untuk kesihatan malah baik untuk menjaga silaturrahim.  Ketegangan dalan kerja selalu memberi impak stress pada diri saya. Apa tak nya, nak urus planning, nak urus pekerja lagi, nak urus dokumen lagi...tp, dah set dalam minda "cabaran hanya datang pada orang yang kuat dan bertuah, dan sayalah orang itu"..mesti senyum, tenang dan rileks saja...Apa yang saya buat bila stress:

1) senyum :)
2) tarik nafas panjang dan hembus (3x)
3) pegi buat air panas (kopi, milo atau teh)..minum...santai..
4) kalau lepas sarapan, saya akan ambik B Complex dan Vitamin C
5) fikir semula strategi dan planning terbaik untuk settlekan kerja
6) berbual-bual cerita lawak dengan kawan sekerja..(p/s: jangan pula bawa bos cerita-cerita kelakar..nanti lain pula jadinya..hehe)

Ok. Setakat ni entri petang ni ya..Jangan lupa nak senyum ok :)

Ernawati Toba
0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews