Friday, October 3, 2014

Bedak Tebal dan Bulu Mata Palsu Tak Perlu Lagi

Golongan wanita terutamanya  memang sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Sapa yang tidak gemar kelihatan cantik walau di mana mereka berada..Betul tak?



Bedak asas dan bulu mata palsu sememangnya menjadi peneman setia walaupun hanya sekadar berjalan di pusat membeli-belah bersama rakan-rakan.  Si pemakai mekap akan lebih gemar tampil segar dan menawan, namun lebih banyak faedah jika anda wanita yang gemar tampil ringkas dengan mekap yang lebih tipis.


Antara manfaat yang boleh diperolehi adalah seperti berikut (Vemale.com): 

1. Jimat belanja 
Harga kosmestik kini yang menelan kos yang agak tinggi lagi-lagi yang berjenama pastinya sedikit sebanyak menjadi salah satu pembahagian bajet kita sebulan. Apalagi barangan kosmetik oleh jurumekap terkenal juga menjadi kegilaan ramai wanita. Satu set barang kosmetik mengandungi bedak asas, maskara, pembayang mata, gincu dan bermacam-macam lagi yang boleh mencecah ribuan ringgit. Jika kehabisan stok pastinya anda perlu lagi menggantikan stok bukan? So, nak jimat? Miliki barangan mekap yang sedikit, ala kadar dan anda pasti mampu berjimat dan boleh gunakan wang tersebut untuk keperluan lain yang lebih penting.


2. Tidak membazir masa
Rungutan ramai suami..isteri bersolek lama sangat, tapi apakan daya..untuk suami jugakan..:)


Memakai mekap dengan rapi dan kemas memakan masa yang agak lama lebih kurang 10 hingga 15 minit. Itupun jika anda sudah terbiasa dengan cara dan teknik bersolek, berlainan pula dengan mereka yang baru berjinak-jinak mengenakan solekan, sudah tentu ianya memakan masa yang lebih lama. Namun, jika anda hanya memakai mekap yang tipis dan semula jadi, sudah tentu lebih menjimatkan masa dan waktu anda. Lebihan waktu yang ada boleh digunakan untuk bersarapan pagi atau pun mengemas bilik sebelum melangkah keluar rumah. Selain itu, bagi wanita muslimah sudah tentu lebih memudahkan diri anda untuk mengambil wudhu' kerana tidak perlu menanggalkan solekan yang tebal. 

3. Lebih terhindar dari masalah kulit
Kebanyakan masalah kulit muka berpunca daripada kosmetik yang kita pakai. Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam barangan kosmetik boleh merosakkan kulit anda dan apabila anda kerap bersolek, kulit anda lebih terdedah kepada masalah kulit kering dan jerawat. Solekan yang tipis membolehkan kulit lebih bebas bernafas dan kurang risiko terdedah kepada masalah kulit. Sebagai langkah selamat, pilih barangan kosmetik yang dihasilkan daripada barangan semula jadi agar kulit sentiasa terpelihara dan kekal sihat. 

4. Kecantikan semula jadi lebih terpancar

Kecantikan semulajadi lebih terserlah...Percaya dan yakin diri anda akan tampak canttik dengan kecantikan semulajdi yang dianugerahkan. Solekan yang tipis mampu membuatkan kecantikan neutral anda lebih terpancar berbanding dari mereka yang gemar mengenakan solekan tebal. Kadang-kala solekan yang terlalu tebal boleh membuatkan seseorang itu kelihatan lebih matang dari usianya yang sebenar. 

Oleh itu, kita mestilah bijak merancang penggunaan mekap agar tidak keterlaluan sehingga menyusahkan diri anda di kemudian hari. 

Cantik luar dan dalaman..Tetapi, kecantikan sejati wujud dari keikhlasan hati, jangan lupa untuk senyum selalu :)



Jom semak kulit anda jenis macam mana?

http://caprierna87.blogspot.com/2014/06/wanita-dan-kecantikan-adalah-sinonim.html

http://caprierna87.blogspot.com/2014/06/enfuselle-shaklee-cantik-dan-menyerlah.html

Anda juga boleh terus memilih produk kecantikan yang bersesuaian untuk kulit anda:

Set Enfuselle Normal-Oily
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b36a8b7fdf47ca209ce8a08ecd8b2ff0

Set Enfuselle Normal-Dry
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2f9fe1e3d5d2749628ccbd9e7d3f377b

Set Nutriwhite Skincare
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=001d908c7637618bb0a8af0c8be5cd41


Hubungi:
Ernawati Toba
0146907178
SID883367
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle With Ernawati Toba 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews